KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Followers

Wednesday, August 23, 2017

Rambut Bermasalah | Tablet Rambut La Rita Kan Ada


Assalamualaikum.

Setiap orang mesti ada masalah rambut. Boleh dikira hanya sesetengah orang sahaja yang bebas dari masalah rambut. Macam Cik Nor sendiri masalah rambut kian menghantui diri. Mana tak nya, masa mandi rambut gugur, masa sikit pun gugur lagi. Alahai..pilunya tengok rambut gugur. Kalau gugur sahaja tak apa lagi ni siap pakej kulit kepala gatal dan kadang-kadang tu siap berkuping lagi. Lagi la syahdu😒😒😒

Tablet Rambut La Rita

Kini semua masalah tu kian hilang setelah mengamalkan Tablet Rambut La Rita. Tablet rambut ini khusus untuk mengatasi masalah-masalah rambut berikut :

1. Rambut gugur
2. Rambut nipis
3. Rambut rosak
4. Rambut kering
5. Kegatalan kulit kepala
6. Kulit kepala berkuping
7. Botak pada peringkat umur masih muda

Tablet Rambut La Rita

Cara makan dia mudah sahaja. Kemam atau kunyah satu tablet setiap hari di ikuti dengan segelas air masak. Seperti biasa kena banyak minum air untuk kesan yang cepat.

Tablet Rambut La Rita

Tablet Rambut La Rita akan menjadikan rambut korang lebat dan bersinar. Rambut juga lebih lembut dan beralun. Paling penting rambut terurus, tidak kusut dan kulit kepala bersih. Siapa tak cuba tablet ni memang rugi sangat-sangat. Banyak kebaikannya dan kelebihannya.

Tablet Rambut La Rita

Tablet Rambut La Rita ini mengandungi: 

Susu kambing, serbuk koko, ekstrak lidah buaya, ekstrak pueraria mirifica, ekstrak minyak zaiton, kismis, gingko biloba, ekstrak pegaga, madu, omega 3, vitamin B1 dan vitamin B3.

Tengok kandungan dia menjadikan kita tak ragu-ragulah untuk menggunakan produk ini. Kandungannya dari bahan-bahan terpilih sahaja.

Tablet Rambut La Rita

Dah bacakan kelebihan, kandungan dan cara makannya. Apa kata kita cuba, insyaAllah dapat mengurangkan atau menghilangkan terus masalah rambut anda. Jika anda ada sebarang pertanya atau kemuskilan boleh terus hubungi :

Instagram : @larita_hq
Tel/whatsap : 014-8483914

Monday, August 21, 2017

Putera Abdul Mateen | Putera Raja Brunei Yang Kacak

Sumber gambar dari pakcik google

Assalamualaikum..

Amboi korang sejak sukan Sea 2017 ni tak habis--habis korang bercerita pasal atlit yang kacak dan cantik. Kalau yang lelaki, sejak kemenangan pasukan bola jaring, nama An Najwa menjadi sebutan ramai. Kalau yang wanita pula, putera raja kacak dari Brunei menjadi sebutan. Siapa lagi kalau bukan Putera Abdul Mateen. Pstt..Cik Nor pun berkenan tapi anak ikan la pulak.haha

Bagi yang angaukan Putera kacak ni, meh Cik Mor belanja biodata dia. Hehe

  • Nama Penuh: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mui’izaddin Waddaulah
  • Gelaran: Prince Mateen of Brunei / Putera Mateen
  • Tarikh Lahir: 10 Ogos 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Zodiak: Leo
  • Asal: Bandar Seri Begawan, Brunei Darul Salam
  • Keluarga: Anak ke-sepuluh daripada 12 adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Brunei
  • Instagram: https://www.instagram.com/tmski
 
Tu hah Cik Nor mintak dengan pakcik google, siap ada instagram dia lagi tau. Follow jangan tak follow yer korang. Mana tahu kot boleh jadi kerabat diraja Brunei..hehe.

Putera Mateen akan bertemu YB Khairi Jamaludin dalan sukan polo pada selasa ni. Mesti ramai peminat wanita yang menonton acara ini. Oppss..nak tengok sokong acara ke nak tengok Putera Mateen.hehe. Apa-apa pun semoga berjaya. Malaysia vs Brunei untuk sukan polo.


Sunday, August 20, 2017

Terima Kasih Adsense


Assalamualaikum..

Malam ni nak cerita pasal surat cinta nun jauh dari luar negara. Haha. Percaya lah...Cik Nor tipu jer. Gambar atas tu surat dari google adsense jer lah. Kenapa dia hantar surat tu kat Cik Nor. Jom Cik Nor cerita.

Dulu selalu tengok orang tayang surat dari google adsense  ni. Dalam hati tertanya-tanya, kenapa diaorang dapat surat tu? Nak tanya orang malu la pulak. Maka pe damkan aje soalan tu. Sehingga la Cik Nor sendiri lulus adsense. Ingat senang pasang iklan adsense ni, rupa nya tak semudah memasang iklan nuffnang. Banyak pantang larang rupanya. Huhu.

Masa mula-mula pasang iklan ni, wah teruja sangat bila tengok income dia cepat sangat naik. Income dalam matawang usd siapa tak teruja. Dalam keterujaan ini Cik Nor terima email menyatakan ada invalid klik untuk iklan adsense Cik Nor. Dan sebagai dendanya iklan adsense diblog Cik Nor digantung selama sebulan.

Masa tu ada jugaklah perasaan down tapi still membilang hari untuk diluluskan semula. Lepas seminggu diluluskan semua, tiba-tiba payment kena hold. Dah kenapa? Ingat ada orang khianat Cik Nor lagi. Rupa kalau dah dapat 10usd kita kena mengesahkan alamat kita. Nasib tanya orang kalau pendam sendirila masalah tu.haha.

2 minggu jugakla tunggu surat tu. Kalau tak salah..surat tu akan sampai lagi bila korang capai 20usd. Sehinggalah korang dapat cashout. Berapa baru boleh cash out? 100usd yer korang.hehe. Siapa kawan blogger Cik Nor yang pernah cash out income dari adsense?

Friday, August 18, 2017

Korang Pandai Bersolek Tak?


Assalamualaikum..

Macam pelik jer tajuk entry Cik Nor malam ni. Hehe. Korang layan kan sahaja apa yang Cik Nor akan tulis nanti. Tak nak baca pun tak apa, Cik Nor tak kecik hati sebab dalam entry sebelum ni korang dah luahkam semuanya kat Cik Nor. So, Cik Nor dah tahu sebab korang tak blogwalking. Hehe. Cik Nor mintak maaf kalau Cik Nor komen pendek-pendek kat entry korang. Cik Nor dah baca semua isi kandungan entry korang tapi Cik Nor kena kejar masa. Setiap hari Cik Nor dah target berapa blog nak blogwalking sehari. Harap korang faham yerπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€.

Eh, panjang pulak Cik Nor membebel.  Pasal tajuk kat atas tu kan, sebenarnya Cik Nor tahu tahu bersolek. Tengok orang bersolek, alahai cantiknya. Nak bersolek sendiri mintak maafla takut jadi mak lampir jer.haha. Pernah baca kat facebook, ada orang tanya berani ke keluar rumah tanpa sebarang solekan? Bagi Cik Nor berani jer sebab Cik Nor tak pandai bersolek. Bagi yang pandai bersolek, memang tak kot. Hehe

Cik Nor jenis simple tapi tak ada lah selekeh. Kiranya sedang-sedang la. Hehe. Kalau keluar pergi pasar just pakai krim untuk elak sinar uv. Kalau rajin pakai lipstik, kalau malas pucat macam tu jer bibir.haha. Kalau pergi kerja just tepek compact powder dan calit lipstik. Itu sudah memadai bagi Cik Nor. Hehe. Jangan tak tahu dalam hadbag Cik Nor cuma ada lipstik, compact powder, lips bam dan mini perfume. Eye line, maskara dan seangkatannya memang Cik Nor tak pernah beli. Jakun kan Cik Nor?😁😁

Masa shooting sebulan lepas first time Cik Nor bersolek,tu pun makeup artis yang solek kan.haha. Kalau harap Cik Nor memang tak la. Tu pun dah habis shooting rasa nak cepat-cepat tanggal makeup. Cik Nor jenis cepat rimas kalau tepek segala macam benda kat muka. Bila dah cuci arhh.segarnya muka.

Kalau kat pejabat, lepas solat memang tak calit apa-apa dah. Balik kerja muka macam kak limah dah, janji tak rimas..haha. Siapa macam Cik Nor kita gengπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Wednesday, August 16, 2017

Bila Baju Raya Ko 4 Bulan Dikedai Jahit

Pinjam pakcik google punya gambar

Assalamualaikum..

Malam tadi membebel pasal orang tak nak balas blogwalking. Hehe. Malam ni nak membebel pasal baju raya pulak. Suka benor Cik Nor membebel sekarang ni yer. Korang bertabahlah membaca blog Cik Nor hingga ke akhir noktah.haha

Baju-baju raya kat atas tu tak ada kaitan dengan apa yang Cik Nor bakal cerita ni. Fesyen baju pun tak sama. Cik Nor tempah baju kurung jer. Baju macam gambar kat atas tu boleh tempah tapi untuk kali pertama je la boleh pakai. Bila masuk kali kedua.. korang tak payah tanya la..haha. eh..merapu pulak Cik Nor ni kan.

Macam ni ceritanya, sebelum raya puasa Cik Nor ada hantar kain 2 pasang kat kedai jahit. 1 untuk buat baju kurung. 1 lagi dress yang Cik Nor beli kat Zalora, yang otter jer sebab labuh sangat. Cik Nor kan rendanf jer.hehe. Ingat raya puasa dah boleh pakai. Tup-tup dekat nak raya kakak bagitahu tukang jahit tempat Cik Nor hantar kain tu kena patuk ular. Urmm..pasrahlah baju tu memang tak sempat nak pakai raya puasa. Nasib baik tema tahun ni pucci dan Cik Nor dah beli sepasang kain lagi sebab nak bagi masuk dengan tema. Dan nasib baik jugak Cik Nor suruh adik Cik Nor jahit baju tu. Maka sempat la pakai raya puasa tu.

Yang menjadi tanda tanyanya sampai sekarang ni kain yang sepasang tu dah jadi baju ke belum. Nak masuk raya haji dah ni. Kalau tak siap lagi tak tahu lah. Tak kan la tak sembuh-sembuh lagi kena patuk ular kot. Pergi kedai dia tutup. Bila mak atau kakak jumpa tukang jahit tu,tanya dia bila nak siap. Dia cakap minggu depan dah berapa kali minggu depan pun tak ada khabar berita lagi.

Jangan kain-kain Cik Nor tu jadi arwah dah la. Kain pasang yang nak buat baju kurung tu beli kat Indonesia.  Dress yang beli kat Zalora tu harga dia RM1.00 nak cukup RM200.00. Haru weh kalau arwah kain-kain tu. Raya haji ni ingat nak pakai la tapi nampak gayanya macam tak sempat lagi la.huhu

Korang ada pengalaman macam Cik Nor tak?


Tuesday, August 15, 2017

Korang Terasa Hati Tak?


Assalamualaikum..

Baca tajuk macam pelik jer kan? Terasa hati dengan siapa sebenarnya ni Cik Nor oii?  Meh la sini nak tanya korang. Sepanjang korang menulis blog dan blogwalking setiap hari ada tak korang terasa hati dengan kawan-kawan blogger korang?hehe

Cik Nor ada juga terasa hati, bukan sebab dia curi penulisan Cik Nor atau kutuk-kutuk Cik Nor tak pandai tulis blog. Itu Cik Nor tak kisah sebabnya ada kebenaran disebalik kutukan itu.haha. Menulis ikut suka hati Cik Nor jer kan.

Cik Nor terasa hati dengan sesetengah blogger, ye lah mana tak terasanya. Kita ni hari-hari singgah blog dia. Dia sikit pun tak pernah cuit blog kita. Yang mana Cik Nor follow blog korang seboleh-bolehnya Cik Nor nak singgah semua tapi apakan daya..masa mencemburui Cik Nor. Cik Nor akan singgah dan akan tulis bw sini. Tu memang nak rushing sangat dah. Kalau ada masa Cik Nor komen panjang. Hehe

Kadang-kadang blogwalking ni menyumbang kepada traffic korang. Tapj apakan daya..hanya Cik Nor jer yang terhegeh-hegeh blogwalking kat blog orang tapi orang lain sikit pun tak layan kita. Tapi pengomen tegar blog Cik Nor jangan terasa pulak. Korang memang the best blogger in the world. Walaupun Cik Nor komen pendek kat blog korang tapi korang sangat ohsemm..komen panjang-panjang kat blog Cik Nor. Terima kasih banyak-banyak taj korang.

Yang mana Cik Nor tak singgah blog korang, Cik Nor mintak maaf sebab tak cukup masa dan tak jumpa link blog korang. Lepas komen jangan lupa tinggal link blog koranf yer. Itu jer nak membebel malam ni. Hehe

Korang macam Cik Nor jugak ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...